selamat datang ke blog kami. semoga ianya dapat dimanfaatkan bersama-sama.
pergi ke kedai membeli roti,
roti dimakan bersama secawan kopi,
kalau ada masa lagi,
luangkan masa kunjungi blog ini.
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami melafazkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Cik Norly Binti Jamil, Pensyarah Matapelajaran Psikomotor dan pergerakan (KAF2023), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.
Pergerakan telah berlaku sebelum seseorang kanak-kanak itu lahir. Selepas lahir pergerakannya bermula dari atas kepala, bahu dan tangan dan akhirnya kaki.begitu juga dengan perkembangan motor, ia bermula daripada perkembangan motor kasar diikuti dengan perkembagan motor halus. Pada umur 3 tahun mereka dapat bergerak dengan laju ataupun perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka. Terdapat beberapa faedah pergerakan adalah iaitu kanak-kanak dapat meneroka natural rhythms (bernafas, berehat, berjalan, berlari dan melompat). Dalam melakukan sesuatu aktiviti kanak-kanak dapat bergerak dengan bebas tanpa dipaksa oleh orang lain. Dalam teori yang dikemukakan oleh Robert havighurst, beliau menyatakan perkembangan kanak-kanak dapat berkembang melalui persekitaran. Oleh yang demikian guru perlu mencuba satu aktiviti yang menarik perhatiannya secara tidak langsung dapat meningkatkan minatnya untuk menyertai aktiviti tersebut. Yang kedua ialah integrasi antara bahasa, nyanyian dan pergerakan dan yang terakhir adalah mengintegrasikan otak kiri dan kanan. Sebagaimana yang kita ketahui pergerakan kreatif ini sememangnya aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak. Dengan adanya aktiviti ini kanak-kanak dapat berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam aktiviti tersebut secara tidak lansung dapat meningkatkan mindanya untuk berfikir.
Secara amnya pergerakan dapat diabahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan bebas dan pergerakan yang mengikut detik masa. Daripada kedua kategori tersebut empat jenis pergerakan yang berbeza iaitu pergerakan asas. Ianya boleh dibahagikan kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan pergerakan non lokomotor. Pergerakan lokomotor adalah pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, berjengket dan skip.pergerakan non lokomotor pula adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk tetapi berada ataupun berdiri di satu tempat sahaja. Yang keduanya adalah pergerakan semasa bernyanyi. Pergerakan jenis ini tidak memerlukan banyak ruangan, pergerakan ini biasanya dihadkan kepada pergerakan pada bahagian separuh atas badan sahaja. Pergerakan jenis ini selalunya mengikut lirik lagu, supaya kanak-kanak dapat mengingati lirik lagu dan bernyanyi dengan lebih bersemangat.yang ketiga adalah pergerakan dengan corak irama dan tarian Pergerakan jenis ini adalah pergerakan yang paling susah dipelajari. Ini adalah kerana, pergerakan jenis iniperlu diselaraskan dengan detik muzik dan kanak-kanak juga perlu mengingati urutan pergerakan. Oleh yang dimikian, pergerakan jenis ini hanya sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar usianya dan juga mereka yang telah berpengalaman dalam aktiviti pergerakan asas.
Kami pelajar Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak di UPSI.Blog ni dibuat khas untuk kursus Psikomotor dan Pergerakan di bawah kendalian Cik Norly Bt. Jamil.Diharap segala maklumat yang kami post blh dimanfaatkan bersama.