selamat datang ke blog kami. semoga ianya dapat dimanfaatkan bersama-sama. pergi ke kedai membeli roti, roti dimakan bersama secawan kopi, kalau ada masa lagi, luangkan masa kunjungi blog ini.
RSS

Pages

Tuesday, March 30, 2010

Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif

5.0 Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif

5.1 Pergerakan lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

5.2 Pergerakan bukan lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.

5.3 Manipulasi Alatan

Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari, menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan.

Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan dan menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda mereka akan terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul tambahan pula mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka akan menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti menari, bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua pergerakan inilah yang dipanggil pergerakan kreatif.

0 comments:

Post a Comment

present

pergerakan kreatif

AHLI KUMPULAN

AHLI KUMPULAN