selamat datang ke blog kami. semoga ianya dapat dimanfaatkan bersama-sama. pergi ke kedai membeli roti, roti dimakan bersama secawan kopi, kalau ada masa lagi, luangkan masa kunjungi blog ini.
RSS

Pages

Tuesday, March 30, 2010

KESIMPULAN

9.0 Kesimpulan

Daripada tugasan ini secara amnya kami dapat merumuskan bahawa pergerakan kreatif dapat dilihat kepada empat elemen iaitu dari segi perkembangan sosial. Dari aspek ini kita dapat melihat kanak-kanak sejauh mana pergaulannya dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Seterusnya melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam menjalani sesuatu aktiviti dan penyelesaian dalam sesuatu tindakan. Yang ketiga adalah perkembangn emosi iaitu penerimaan kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang dilakukan samada memberi kesan yang positif atau positif dan yang terakhir adalah perkembangan fizikal. Aktiviti ini adalah yang melibatkan anggota badan individu.Menekankan kepada aspek motor halus dan motor kasar.

Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan pergerakan . Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan.

Selain daripada itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan efektif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Secara keseluruhannya pergerakan kreatif telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada kanak-kanak kerana sedikit sebanyak telah memberikan input ang sangat berguna kepada mereka.

1 comments:

Unknown said...

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua

Tahniah dan syabas saya ucapkan kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan baik sekali. Cuma perincian perlu diberikan kepada kepentingan pergerakan, jenis pergerakan dan faedahnya supaya lebih jelas.
Selamat maju jaya

Missnjpakkupsi

Post a Comment

present

pergerakan kreatif

AHLI KUMPULAN

AHLI KUMPULAN