selamat datang ke blog kami. semoga ianya dapat dimanfaatkan bersama-sama. pergi ke kedai membeli roti, roti dimakan bersama secawan kopi, kalau ada masa lagi, luangkan masa kunjungi blog ini.
RSS

Pages

Tuesday, March 30, 2010

Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif

7.0 Faedah-faedah yang akan diperolehi dari pergerakan kreatif

Pergerakan kreatif mempertajamkan imaginasi dan sensitiviti. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti pergerakan kreatif, mereka akan secara tidak langsung dapat mempertajamkan imiginasi mereka. Pergerakan kreatif mengurangkan ketegangan emosi. Kanak-kanak akan dapat melepaskan perasaan atau emosi mereka dalam pergerakan mereka lakukan dalam aktiviti yang dijalankan. Pergerakan kreatif menolong memberi makna kepada pelbagai aspek iaitu melalui pengalaman dalam mengaplikasikan prinsipnya. Selain itu juga, pergerakan kreatif menolong membina keyakinan dan kepastian di dalam diri. Terdapat banyak nilai-nilai positif yang boleh diterapkan agar boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Antaranya yang perlu ditegaskan adalah keyakinan diri dalam melakukan pergerakan, keseronokan dan kepuasan, kebebasan mencurahkan perasaan, idea dan emosi, menghormati orang lain, bekerjasama, kebebasan dan berdikari

1 comments:

Unknown said...

Sepatutnya terangkan bagaimana setiap komponen perkembangan kanak-kanak dapat dibantu melalui pergerakan kreatif

Post a Comment

present

pergerakan kreatif

AHLI KUMPULAN

AHLI KUMPULAN